Sunday, December 4, 2011

Intensive Agricultural District Programme (IADP)

Dasar pembangunan pertanian bersepadu (Intensive Agricultural District Programme-IADP) didefinisikan sebagai satu strategi gabungan pembangunan luar bandar melibatkan pelbagai sektor dan disiplin bertujuan meningkatkan kualiti hidup masyarakat, meningkatkan produktiviti pertanian, menyamaratakan ekuiti faedah kemajuan sosioekonomi dan menyeimbangkan pembangunan dari segi kawasan.

IADP memerlukan lima komponen wajib dan utama untuk menentukan kejayaannya (ms.213);
  1. Masyarakat luar bandar
  2. Agensi-agensi pembangunan
  3. Penyelidikan antara disiplin
  4. Perkhidmatan pengembangan
  5. Perkhidmatan sokongan
Peringkat-peringkat perlaksanaan IADP
1. Fasa 1 (sebelum 1975)
- MADA 1
- KADA 1
- Besut
- Johor Barat 1

2. Fasa 2 (tahun 1975-1980)
- Projek Kelantan Utara (PKU)
- Barat laut Selangor
- Krian - Sungai Manik

3. Fasa 3 (tahun 1980 - 1990)
- Kemasin-Semerak
- Rompin-Endau
- Pahang barat
- Negri Sembilan timur

4. Fasa 4 (selepas 1990)
- KADA II
- Ketara
- Johor barat II
- Tumbuh Blok
- Perak utara
- Balik Pulau-Seberang Prai
- Perlis

Thursday, December 1, 2011

Bab 7 : Peranan Agensi Pembangunan Luar Bandar

Bab ini akan melihat secara ringkas evolusi pembentukan agensi-agensi pembangunan, khususnya di luar bandar, pengelasan dan strategi perlaksanaan dan peranan agensi pembangunan wilayah melalui dasasr pembangunan pertanian bersepadu (IADP)

7.1 Evolusi Pembentukan Agensi Pembangunan
Di awal pembangunan negara, Malaysia telah memperlihatkan corak pembangunan yang terancang. Antara lain perancangan pembangunan menitikberatkan perseimbangan pembangunan dari segi kawasan bandar, desa dan wilayah serta menggariskan dengan jelas kelompok-kelompok sasaran yang perlu ditingkatkan taraf hidupnya mengikut sektor (ms.191)

Evolusi pembentukan agensi-agensi pembangunan luar bandar di Malaysia dapat dibahagikan mengikut tahap-tahap seperti berikut;

1. Sebelum tahun 1950
- hanya terdapat dua agensi utama yang berperanan terhadap pembangunan luar bandar iaitu Jabatan Pertanian dan Institut Penyelidikan Getah.

2. Tahun 1950 - 1960


- Dekad kemerdekaan ini mula terbentuknya Perbadanan Perindustrian Luar Bandar (RIDA) yang kini dikenali sebagai Majlis Amanah Rakyat (MARA). Ia bertujuan membantu pembangunan pertanian dan luar bandar menerusi kegiatan-kegiatan ekonomi.
- Juga dalam dekad ini wujud Perbadanan Perindustrian Tanam Semula Getah (RIRB)dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).
- Dalam dekad ini juga program fasa pembangunan lima tahun negara telah dirangka. Fasa pertama bermula tahun 1955-1960 dan fasa kedua 1961-1965.

3. Tahun 1961 - 1970
- Agensi yang penting terbentuk dalam fasa ini ialah Bahagaian Kemajuan Masyarakat atau KEMAS pada tahun 1961. Ia berada di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Negara. Fungsi utama KEMAS ialah melibatkan penyertaan rakyat secara aktif dalam proses pembangunan negara menerusi perubahan sikap, kesedaran dan pengetahuan.
- Pelbagai agensi kerajaan juga ditubuhkan dalam fasa ini seperti MARDI, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, perbadanan kemajuan ekonomi negeri-negeri,Bank Negara dan lain-lain lagi.

4. Tahun 1971-1980
- Satu sejarah apabila ditubuhkan agensi pembangunan luar bandar yang utama seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia, Lembaga Padi & Beras Negara.