Monday, November 28, 2011

6.4 Kaedah-kaedah pengembangan

Kaedah-kaedah pengembangan yang bakal dihuraikan dalam bab ini adalah;

1. Media massa
- merupakan kaedah pengembangan yang paling kerap digunakan. Ia dikelaskan kepada bahagian media cetak/penulisan/bertulis (majalah,gambarajah,poster,slaid) dan media elektronik (radio, video, komputer)
- Media massa dapat mendekati penerima dengan lebih ramai dan lebih cepat di samping kos pengeluaran yang rendah, cepat dan banyak.

2. Kunjungan
- Kaedah jenis ini merupakan kaedah komunikasi secara perseorangan. Tujuan am lawatan adalah untuk menyampaikan pengetahuan kepada penerima sambil memberi nasihat dan tunjuk ajar serta mendapatkan maklum balas secara langsung daripada mereka.

3. Pertunjukan kaedah / demonstrasi plot
- Pertunjukan kaedah didefiniskan sebagai suatu demonstrasi atau persembahan yang tersusun yang dilakukan oleh seorang pengajar tentang sesuatu kemahiran, atau berasakan amalan prinsip-prinsip yang saintifik. Ini diikuti dengan perbincangan dan percubaan penerima melakukan aktiviti-aktiviti tersebut.

4. Ceramah
- Ceramah merupakan kaedah pengembangan yang paling popular dijalankan oleh agensi-agensi pembangunan di negara ini (Maimunah,1986). Ceramah adakalanya dijalankan secara khusus untuk memberi penerangan, berkempen atau disertakan bersama dalam mesyuarat persatuan. Ceramah juga biasanya disertai dengan dialog antara pekerja dan penerima.

5. Kursus
-Lazimnya dijalankan dalambentuk formal tetapi pengendalian semasa menjalankan kursus biasanya kombinasi antara teknik formal dan tidak formal (semi-formal).


6. Kaedah-kaedah lain
- Antara kaedah lain yang berkesan tetapi kurang dipraktikkan termasuklah kaedah telefon; majlis dialog dan mesyuarat dengan penerima. Satu lagi kaedah yang tidak kurang pentingnya adalah lawatan oleh penerima ke tempat-tempat tertentu di mana penerima berpeluang mempelajari sesuatu yang baru mengenai bidang pekerjaan atau biasanya disebut lawatan sambil belajar.

Saturday, November 26, 2011

Bab 6 : Komunikasi & Kaedah Pengembangan

Pengembangan pada asasnya ialah perkhidmatan untuk membantu penerima. Maka ini membawa ,pekerja pengembangan juga perlu berhubung secara berkesan dengan penerima; dan begitu juga sebaliknya.

Proses pengembangan menggunakan banyak kaedah untuk mendekati penerima kerana mereka mempunyai ciri dan masalah yang berbagai-bagai.

Secara dasarnya, kaedah-kaedah pengembangan akan berpandukan prinsip-prinsip dan teknik komunikasi yang berkesan. Pemilihan terhadap faktor-faktor komunikasi ini banyak dipengaruhi beberapa buah kriteria seperti (i) jenis penerima (ii) jenis maklumat/pengetahuan yang hendak disampaikan (iii) tingkahlaku penerima (iv) tahap perubahan tingkah laku yang dikehendaki (kesedaran,minat,peningkatan kemahiran) (v)kewujudan sumber yang dapat digunakan secara berkesan.

Pembolehubah dalam proses komunikasi
a) Punca : proses komunikasi bermula daripada satu punca, sama ada seseorang, sebuah kumpulan, sebuah persatuan, sebuah agensi dll.
b) Mesej : merupakan pembolehubah yang menghubungkan antara punca dan penerima. Mesej sering disampaikan menggunakan bahasa, simbol atau gerak-geri punca.
c) Saluran : pada asasnya saluran merupakan bahan perantara yang membolehkan pancaindera manusia berfungsi seperti melihat, mendengar, merasa, menyentuh atau menghidu.
d) Penerima : seperti juga punca, penerima mungkin seseorang, sebuah kumpulan, sebuah persatuan, sebuah agensi dll.

Wednesday, November 23, 2011

3. Aspek Pertimbangan

Dalam merancang kemudahan-kemudahan awam dan infrastruktur sosial bagi sesuatu komuniti, seseorang perancang akan berhadapan dengan tiga persoalan penting
(i) apakah kemudahan-kemudahan awam dan infrastruktur-insfrastruktur sosial yang perlu disediakan
(ii) berapa banyak / besar kemudahan & infrastruktur perlu disediakan
(iii) di manakah kemudahan dan infrastruktur perlu diletak ?

Ketiga-tiga asas ini bakal memberi panduan yang baik tentang asas-asas dan pertimbangan yang mesti diberikan dalam merancang aspek-aspek yang disebut seperti di atas.

Ditekankan oleh penulis (ms.25) , "bahawa penting sesuatu perancangan itu dapat memenuhi kehendak-kehendak, cita-cita atau aspirasi masyarakat. Sesuatu perancangan yang tidak dapat memenuhi kehendak-kehendak masyarakat adalah satu usahaa yang sia-sia."



RUMUSAN
Penulis telah menghuraikan konsep-konsep, prinsip-prinsip dan amalan-amalan yang berhubung dengan perancangan kemudahan-kemudahan awam dan sosial. Penulis gemar untuk menghubungkan dengan contoh di FELDA.

Perlu diperhatikan bahawa prinsip-prinsip dan amalan-amalan perancangan berbeza dengan konteks masyarakat yang dirancang. Misalnya perancangan bagi komuniti yang telah sedia wujud berbeza dengan perancangan bagi komuniti yang baru. Sistem politik, sosial dan ekonomi sesuatu masyaraakt juga mempengaruhi gaya perancangan.

Tuesday, November 22, 2011

2. Aspek Konsep

Di dalam buku Perancangan Kemudahan Awam dan Infrastruktur Sosial oleh Sulong Mohamad, beliau cuba merungkaikan erti 'konsep' dan definisinya.

Antara yang ingin diterangkan, soal definisi konsep kemudahan awam dan infrastruktur sosial. Bagi beliau, kedua-dua konsep ini sangat umum. Juga ia sukar untuk memberi satu definasi yang tepat mengenai kedua-dua konsep tersebut.

Bagi penulis, kemudahan awam adalah sama juga infrastruktur sosial. Justeru itu, pembahagian kemudahan awam dan infrastruktur sosial adalah arbitari.


Secara ringkas, kemudahan awam adalah struktur-struktur, bangunan-bangunan, perkhidmatan-perkhidmatan dan penyediaan-penyediaan yang disediakan untuk memberikan kesenangan dan kemudahan kepada orang ramai.

Infrastruktur-infrastruktur sosial pula merupakan penyediaan-penyediaan yang disediakan untuk memenuhi tuntutan-tuntutan sosial seperti sekolah, tempat ibadah, kawasan rekreasi dan lain-lain.

Sunday, November 20, 2011

1. Aspek Perancangan

Proses perancangan melibatkan beberapa tahap dan tiap-tiap tahap itu berkait antara satu sama lain.


Proses perancangan boleh dibahagikan kepada tujuh (7) tahap;
1. Mengumpul maklumat : Antara maklumat yang dikumpul biasanya meliputi aspek maklumat penduduk, perumahan, ekonomi, sosial, tanah, pekerjaan, alam sekitar, sumberjaya dsb.

2. Mengenalpasti masalah : Berkait dengan tahap pengumpulan maklumat. Tanpa maklumat, kita tidak tahu apakah masalah yang dihadapi oleh sesuatu komuniti. Daripada maklumat yang dikumpul, perancangan dapat mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi sesuatu komuniti.

3. Membentuk matlamat dan tujuan : Setelah masalah dikenalpasti, langkah seterusnya membentuk matlamat(goal) dan tujuan(objective) perancangan.

4. Menghasilkan pelan-pelan alternatif : Berpandukan kepada tujuan dan matlamat yang digariskan. Perancang juga bukan sahaja menghasilkan rancangan pelan tunggal, tetapi juga beberapa pelan alternatif untuk mencapai tujuan dan matlamat perancangan.

5. Menilai pelan yang dipilih : Terdapat tiga kaedah yang biasa digunakan dalam latihan perancangan. (i) Analisa kos/faedah (ii) Jadual Imbangan Perancangan - Planning Balance Sheet (iii) Matriks Pencapaian Matlamat-Goal Achievement Matrix.

6. Melaksana pelan yang dipilih : Ini perlu kerana perancang dapat mempelajari dan mengetahui tentang kejayaan dan kesilapannya. (Hobs dan Dolling,1981)

7. Mengawas dan menilai semula : Perubahan yang tidak dijangka dan memerlukan kita mengubah matlamat dan tujuan perancangan kita. Maka ia memerlukan pengawasan dan penilaian semula untuk memastikan tujuan akhir tercapai.

Sekadar gambar hiasan

Thursday, November 17, 2011

Buku : Perancangan Kemudahan Awam dan Infrastruktur Sosial - Sulong Mohamad

Sepanjang cuti pertengahan semester lalu, saya berkesempatan untuk meneliti beberapa buah buku yang berkaitan globalisasi.

Antara yang sempat saya teliti (fast reading) ialah Globalisasi Dan Peradaban Di Malaysia, Pembangunan Ekonomi Malaysia Era Globalisasi, Globalization And Its Discontents, Globalisasi, Media Dan Budaya. 

 

Kesemuanya menarik untuk diulas, tetapi yang saya rasa ringkas untuk difahami adalah buku Perancangan Kemudahan Awam dan Infrastruktur Sosial : Konsep, Prinsip dan Amalan.

Buku ini dikarang oleh Sulong Mohamad yang juga merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Walaupun ia kelihatan ringkas, sekitar 44 muka surat tetapi agak padat menghuraikan ciri umum berkaitan globalisasi dan pengembangan iaitu aspek perancangan. Di dalam buku ini, ia membahagikan perancangan kepada topik kecil iaitu konsep, prinsip dan amalan yang berhubungan dengan perancangan kemudahan awam dan infrastruktur sosial, yang merupakan sebahagian daripada latihan di dalam bidang perancangan bandar dan desa.

Perbincangan mengenai konsep perancangan menumpu kepada pengertian istilah perancangan, proses perancangan dan pengertian istilah-istilah kemudahan awam dan infrastruktur sosial.

Fokus perbincangan adalah kepada cara-cara dan kaedah di dalam merancang kemudahan awam dan infrastruktur sosial dan perlaksanaan kepada prinsip perancangan tersebut.

Di bahagian akhir perbincangan buku ini pula membincangkan tentang bagaimana perancangan kemudahan awam dan infrastruktur sosial dilakukan khususnya di perkampungan-perkampungan Felda sebagai kajian kes.


Keseluruhan buku ini yang sebenarnya berasal daripada kertas kerja perbincangan yang dibentangkan oleh penulis banyak menghuraikan perkara-perkara asas yang perlu difahami sebelum kita ingin membicarakan soal globalisasi dan pembangunan/pengembangan sesuatu kawasan.

Thursday, November 10, 2011

4.4 Jenis Dan Peringkat Program

Konsep perubahan dibawa melalui program. Medium bagi perubahan dikenalpasti daripada program dan projek yang dilaksanakan.

Terdapat program bagi jangka masa panjang, jangka pendek dan 'ad hoc'. Terdapat juga program yang khusus sasaran penerimanya, ada pula program berbentuk umum untuk semua orang.

Keperluan memahami konsep program secara mendalam kerana setiap jenis program adalah berlainan dan memberi implikasi terhadap (i) cara mana program dibentuk, (ii) jenis aktiviti yang dilaksana, (iii) sumber-sumber diperlukan dan (iv) peranan ejen perubahan yang terlibat.

Boyle(1981) mengelaskan tiga jenis program terlibat (i) Program pembangunan, (ii) Program pendidikan dan (iii) Program penerangan. Realiti masa kini program-program lain yang terlibat termasuk program pengawalan, penguatkuasaan, penyelenggaraan dan penyelarasan.

i. Program Pembangunan (ms.93)
Merupakan program bercorak pembangunan yang menjadi asas dan objektif fungsi perkhidmatan sesebuah organisasi. Ia dibentuk berasaskan masalah dan keperluan masyarakat.

Ciri-ciri Program Pembangunan
- memenuhi kehendak keperluan asas sesuatu kawasan
- dibentuk berdasarkan penganalisaan situasi secara menyeluruh.
- berkaitan dengan usaha untuk meningkatkan pekerjaan utama dan bidang yang berpotensi.
- kejayaan program ini bergantung kepada penglibatan beberapa pihak yang dikenalpasti.
- penggunaan pengetahuan dan kemahiran diperlukan untuk sesuatu program pembangunan.

ii. Program Pendidikan (ms.94)
Secara dasarnya ia mengadakan aktiviti untuk membawa perubahan dan kemajuan daripada aspek pemikiran dan komunikasi di antara manusia. Program ini diasaskan dengan cara mendidik dan menyampaikan pengetahuan kepada penerima untuk mencapai satu objektif perubahan. Proses penyampaian program pendidikan ini dijalankan oleh ejen-ejen sebagai contoh 'guru' di 'sekolah.' Aktiviti-aktiviti pendidikan biasanya dirancang dan disusun terlebih dahulu.

Ciri-Ciri Program Pendidikan
- kandungan program ialah ke arah pertumbuhan dan kemajuan asas idividu
- kandungan program adalah ke arah meningkatkan kemampuan penerima menyelesaikan masalah hidup atau kerjaya.
- sering dibentuk berdasarkan falsafah dan pengetahuan di sebalik sesuatu kemahiran yang diajar.

iii. Program Penerangan (ms.95)
Dasarnya program ini bertujuan memberi dan menyalurkan maklumat seberapa mungkin daripada sumber maklumat kepada penerima. Objektif program lebih kepada sekadar memberi pengetahuan, kesedaran dan minat kepada penerima. Kejayaan sesuatu program penerangan dapat dinilai melalui jumlah maklumat yang disampaikan untuk sebilangan penerima dalam jangkamasa tertentu.

iv. Program-program lain
Program-program lain yang dijalankan oleh agensi pembangunan termasuklah program pengawalan , penguatkuasaan, penyelenggaraan dan penyelarasan. Aktiviti-aktiviti ini merupakan aktiviti sokongan yang dijalankan secara tetap dan berterusan. Ia juga merupakan sebahagian aktiviti pentadbiran yang menyokong program-program yang telah disebut.

Monday, November 7, 2011

Wikipedia : Strategic Planning

From Wikipedia, the free encyclopedia

Strategic planning is an organization's process of defining its strategy, or direction, and making decisions on allocating its resources to pursue this strategy, including its capital and people.

In order to determine where it is going, the organization needs to know exactly where it stands, then determine where it wants to go and how it will get there. The resulting document is called the "strategic plan."



While strategic planning may be used to effectively plot a company's longer-term direction, one cannot use it to reliably forecast how the market will evolve and what issues will surface in the immediate future. Therefore, strategic innovation and tinkering with the "strategic plan" have to be a cornerstone strategy for an organization to survive the turbulent business climate.

Strategic planning is the formal consideration of an organization's future course. All strategic planning deals with at least one of three key questions:

"What do we do?"
"For whom do we do it?"
"How do we excel?"

In business strategic planning, some authors phrase the third question as "How can we beat or avoid competition?" (Bradford and Duncan, page 1). But this approach is more about defeating competitors than about excelling.

In many organizations, this is viewed as a process for determining where an organization is going over the next year or—more typically—3 to 5 years (long term), although some extend their vision to 20 years.

Strategic planning process
There are many approaches to strategic planning but typically a three-step process may be used:

> Situation - evaluate the current situation and how it came about.
> Target - define goals and/or objectives (sometimes called ideal state)
> Path / Proposal - map a possible route to the goals/objectives

One alternative approach is called Draw-See-Think

Draw - what is the ideal image or the desired end state?
See - what is today's situation? What is the gap from ideal and why?
Think - what specific actions must be taken to close the gap between today's situation and the ideal state?
Plan - what resources are required to execute the activities?

An alternative to the Draw-See-Think approach is called See-Think-Draw

See - what is today's situation?
Think - define goals/objectives
Draw - map a route to achieving the goals/objectives

Goals, objectives and targets
 
 Strategic planning is a very important business activity. It is also important in the public sector areas such as education. It is practiced widely informally and formally. Strategic planning and decision processes should end with objectives and a roadmap of ways to achieve them.

One of the core goals when drafting a strategic plan is to develop it in a way that is easily translatable into action plans. Most strategic plans address high level initiatives and over-arching goals, but don't get articulated (translated) into day-to-day projects and tasks that will be required to achieve the plan. Terminology or word choice, as well as the level a plan is written, are both examples of easy ways to fail at translating your strategic plan in a way that makes sense and is executable to others. Often, plans are filled with conceptual terms which don't tie into day-to-day realities for the staff expected to carry out the plan.

The following terms have been used in strategic planning: desired end states, plans, policies, goals, objectives, strategies, tactics and actions. Definitions vary, overlap and fail to achieve clarity. The most common of these concepts are specific, time bound statements of intended future results and general and continuing statements of intended future results, which most models refer to as either goals or objectives (sometimes interchangeably).

One model of organizing objectives uses hierarchies. The items listed above may be organized in a hierarchy of means and ends and numbered as follows: Top Rank Objective (TRO), Second Rank Objective, Third Rank Objective, etc. From any rank, the objective in a lower rank answers to the question "How?" and the objective in a higher rank answers to the question "Why?" The exception is the Top Rank Objective (TRO): there is no answer to the "Why?" question. That is how the TRO is defined.

People typically have several goals at the same time. "Goal congruency" refers to how well the goals combine with each other. Does goal A appear compatible with goal B? Do they fit together to form a unified strategy? "Goal hierarchy" consists of the nesting of one or more goals within other goal(s).

One approach recommends having short-term goals, medium-term goals, and long-term goals. In this model, one can expect to attain short-term goals fairly easily: they stand just slightly above one's reach. At the other extreme, long-term goals appear very difficult, almost impossible to attain. Strategic management jargon sometimes refers to "Big Hairy Audacious Goals" (BHAGs) in this context. Using one goal as a stepping-stone to the next involves goal sequencing. A person or group starts by attaining the easy short-term goals, then steps up to the medium-term, then to the long-term goals. Goal sequencing can create a "goal stairway". In an organizational setting, the organization may co-ordinate goals so that they do not conflict with each other. The goals of one part of the organization should mesh compatibly with those of other parts of the organization.

Thursday, November 3, 2011

Bab 4 : Konsep Pembentukan Program

Pengenalan
Istilah 'program' dari segi ilmiah mempunyai pengertian yang luuas dan kompleks. Secara ringkas sesuatu program dapat menggambarkan jawapan kepada persoalan seperti APA,SIAPA, DI MANA, BILA, BAGAIMANA dan MENGAPA sesuatu perkara itu hendak dilakukan.

Maka, apabila sesuatu program pembangunan hendak dilakukan, ia bakal melibat pelbagai proses termasuk 'analisis keperluan masyarakat, perancangan, pelaksanaan, penilaian dan usaha-usaha melakukan dokumentasi' dan 'asil integrasi semua komponen yang melibatkan para profesional sama ada pihak yang merancang, melaksana atau kelompok sasaran' (ms.87). Kebiasaan sesuatu program bakal memakan masa yang panjang.

'Pembentukan program' yang dirujuk dalam topik pengembangan ini adalah merujuk kepada satu siri aktiviti yangt dirancang dalam jangkamasa tertentu dan dilakukan untuk mencapai matlamat perubahan di kalangan masyarakat. Ia melibatkan strategi perancangan, pelaksanaan usaha yang telah dirancang dan penilaian ke atas hasil pelaksanaan.

Proses Pembentukan Program
Proses pembentukan program berlaku secara berterusan. Ia boleh digambarkan sebagai;
- Perancangan : Proses memilih dan menyusun aktiviti yang disesuaikan mengikut jadual.
- Pelaksanaan : proses mengerjakan aktiviti yang telah dijadualkan bagi mencapai sesuatu objektif yang telah dikenalpasti.
- Penilaian : peringkat menganalisis hasil dan keberkesanan program serta bagaimana menentukan program terlaksana seperti dirancang.

Proses Perubahan Dan Pembentukan Program
Proses perubahan sosial boleh dilihat daripada pelbagai pandang sisi. Boyle (1981) mengelaskan bahawa perubahan boleh berlaku di peringkat individu dan kelompok dan daripada aspek politik, kebudayaan, teknologi dan ekonomi.

Satu konsep penting yang perlu difahami tentang perubahan sosial ialah punca sesuatu perubahan sosial. Rogers(1971) mempopularkan teori tentang punca sesuatu perubahan sosial yakni berasal dari dalam dan luar sistem sosial.



Fenomena perubahan tersebut dapat disifatkan iaitu (i) perubahan secara evolusi dan (ii) perubahan kontak.

Perubahan secara evolusi di mana penyebab perubahan tersebut datang daripada faktor-faktor dalaman seperti hasil interaksi diri dengan anggota masyarakat atau cetusan daya kreatif sendiri. Perubahan secara evolusi ini selalunya perlahan dan sangat bergantung kepada daya inisiatif, kreativiti dan kebijaksanaan unsur-unsur dalam sistem sosial tersebut.

Perubahan kontak pula apabila faktor-faktor luaran daripada satu sistem sosial memainkan peranan penting berlakunya perubahan. Walaupun faktor-faktor luaran itu memperkenalkan perubahan yang disengaja dan dirancang, tetapi banyak juga faktor yang meresapi sistem sosial tanpa disedari atau dirancang.

Jika dibuat perbandingan antara perubahan evolusi dengan perubahan kontak, ternyata kedua-duanya jauh berbeza. Perubahan secara evolusi berlaku dalam sistem masyarakat yang tradisional, tertutup dan ikatan sosial di kalangan ahli masyarakat yang erat dan kurang memberi perhatian terhadap faktor-faktor luar.

Perubahan secara kontak pada dasarnya lebih cepat dab dilaksanakan mengikut tahap-tahap yang dijadualkan. Matlamat perubahan juga sejak awal telah dikenalpasti, begitu juga dengan sumber manusia dan material yang hendak diguna/digembleng.

Tuesday, November 1, 2011

3.5 Pembangunan Masyarakat & Hubungannya Dengan Pengembangan

Biarpun konsep 'pengembangan masyarakat' dan 'pembangunan masyarakat' kelihatan hampir sama, Dey (1963) dan Franco (1966) telah membezakan kedua-dua konsep tersebut.

Kedua-dua konsep tersebut menurut Dey dan Franco, masih berpegang kepada idea asal pengembangan iaitu pengaliran maklumat daripada pusat ilmu kepada penerima secara dua hala.

Manakala pembangunan masyarakat menekankan kepada proses dinamik yang berlaku terhadap perubahan, pertumbuhan, perkembangan dan kemajuan dalam satu kelompok masyarakat. Kedua-duanya mempunyai matlamat akhir iaitu ke arah membaiki taraf sosioekonomi manusia.

Isu-Isu Penting Pembangunan Masyarakat (ms.79-82)
i. Pertumbuhan yang meningkat merupakan asas pembangunan masyarakat di negara-negara sedang membangun
ii. Pemahaman yang semakin jelas tentang hubungan antara kerajaan pusat dengan sistem pembangunan masyarakat
iii. Pertambahan program pembangunan masyarakat di bandar
iv. Pernglibatan Universiti dalam latihan, penilaian dan penyelidikan
v. Penglibatan pasukan pembangunan masyarakat di peringkat antarabangsa
(akan dihuraikan kemudian)
Pendidikan Pengembangan
Pendidikan pengembangan telah banyak mengintegrasikan dengan bidang-bidang lain khususnya dalam proses penyelidikan, pemindahan teknologi dan pembentukan program. 
Dalam bidang pendidikan, terdapat lima (5) bidang gunaan yang sangat berkait rapat dengan pendidikan pengembangan. Bidang-bidang tersebut itu ialah; (Sulaiman & Bruce,1985)
i. Pendidikan dewasa
ii. Pendidikan lanjutan
iii. Pendidikan tidak formal
iv. Pendidikan masyarakat 
v. Pendidikan seumur hidup

Bidang-bidang ini sebenarnya mempunyai ciri-ciri tersendiri walaupun secara kasarnya nampak ada persamaan. 

Bidang-bidang gunaan (applied) lain yang mempunyai kaitan rapat dan saling menyokong bidang pendidikan pengembangan ialah psikologi pendidikan, psikologi sosial, sosiologi desa, pembangunan masyarakat, pembangunan luar bandar, kependudukan, pentadbiran organisasi dan awam dan pembentukan kurikulum. 


Secara dasarnya bidang-bidang gunaan yang disebut tersebut terbit daripada disiplin sains masyarakat/sosial asas iaitu psikologi, antropologi, sosiologi dan sosio-ekonomi.

Adalah jelas pendidikan pengembangan merupakan satu bidang yang bercorak antara disiplin dan keberkesannya antara lain bergantung kepada bagaimana disiplin yang lain bergerak secara integrasi.