Tuesday, November 1, 2011

3.5 Pembangunan Masyarakat & Hubungannya Dengan Pengembangan

Biarpun konsep 'pengembangan masyarakat' dan 'pembangunan masyarakat' kelihatan hampir sama, Dey (1963) dan Franco (1966) telah membezakan kedua-dua konsep tersebut.

Kedua-dua konsep tersebut menurut Dey dan Franco, masih berpegang kepada idea asal pengembangan iaitu pengaliran maklumat daripada pusat ilmu kepada penerima secara dua hala.

Manakala pembangunan masyarakat menekankan kepada proses dinamik yang berlaku terhadap perubahan, pertumbuhan, perkembangan dan kemajuan dalam satu kelompok masyarakat. Kedua-duanya mempunyai matlamat akhir iaitu ke arah membaiki taraf sosioekonomi manusia.

Isu-Isu Penting Pembangunan Masyarakat (ms.79-82)
i. Pertumbuhan yang meningkat merupakan asas pembangunan masyarakat di negara-negara sedang membangun
ii. Pemahaman yang semakin jelas tentang hubungan antara kerajaan pusat dengan sistem pembangunan masyarakat
iii. Pertambahan program pembangunan masyarakat di bandar
iv. Pernglibatan Universiti dalam latihan, penilaian dan penyelidikan
v. Penglibatan pasukan pembangunan masyarakat di peringkat antarabangsa
(akan dihuraikan kemudian)
Pendidikan Pengembangan
Pendidikan pengembangan telah banyak mengintegrasikan dengan bidang-bidang lain khususnya dalam proses penyelidikan, pemindahan teknologi dan pembentukan program. 
Dalam bidang pendidikan, terdapat lima (5) bidang gunaan yang sangat berkait rapat dengan pendidikan pengembangan. Bidang-bidang tersebut itu ialah; (Sulaiman & Bruce,1985)
i. Pendidikan dewasa
ii. Pendidikan lanjutan
iii. Pendidikan tidak formal
iv. Pendidikan masyarakat 
v. Pendidikan seumur hidup

Bidang-bidang ini sebenarnya mempunyai ciri-ciri tersendiri walaupun secara kasarnya nampak ada persamaan. 

Bidang-bidang gunaan (applied) lain yang mempunyai kaitan rapat dan saling menyokong bidang pendidikan pengembangan ialah psikologi pendidikan, psikologi sosial, sosiologi desa, pembangunan masyarakat, pembangunan luar bandar, kependudukan, pentadbiran organisasi dan awam dan pembentukan kurikulum. 


Secara dasarnya bidang-bidang gunaan yang disebut tersebut terbit daripada disiplin sains masyarakat/sosial asas iaitu psikologi, antropologi, sosiologi dan sosio-ekonomi.

Adalah jelas pendidikan pengembangan merupakan satu bidang yang bercorak antara disiplin dan keberkesannya antara lain bergantung kepada bagaimana disiplin yang lain bergerak secara integrasi.

No comments:

Post a Comment