Monday, November 28, 2011

6.4 Kaedah-kaedah pengembangan

Kaedah-kaedah pengembangan yang bakal dihuraikan dalam bab ini adalah;

1. Media massa
- merupakan kaedah pengembangan yang paling kerap digunakan. Ia dikelaskan kepada bahagian media cetak/penulisan/bertulis (majalah,gambarajah,poster,slaid) dan media elektronik (radio, video, komputer)
- Media massa dapat mendekati penerima dengan lebih ramai dan lebih cepat di samping kos pengeluaran yang rendah, cepat dan banyak.

2. Kunjungan
- Kaedah jenis ini merupakan kaedah komunikasi secara perseorangan. Tujuan am lawatan adalah untuk menyampaikan pengetahuan kepada penerima sambil memberi nasihat dan tunjuk ajar serta mendapatkan maklum balas secara langsung daripada mereka.

3. Pertunjukan kaedah / demonstrasi plot
- Pertunjukan kaedah didefiniskan sebagai suatu demonstrasi atau persembahan yang tersusun yang dilakukan oleh seorang pengajar tentang sesuatu kemahiran, atau berasakan amalan prinsip-prinsip yang saintifik. Ini diikuti dengan perbincangan dan percubaan penerima melakukan aktiviti-aktiviti tersebut.

4. Ceramah
- Ceramah merupakan kaedah pengembangan yang paling popular dijalankan oleh agensi-agensi pembangunan di negara ini (Maimunah,1986). Ceramah adakalanya dijalankan secara khusus untuk memberi penerangan, berkempen atau disertakan bersama dalam mesyuarat persatuan. Ceramah juga biasanya disertai dengan dialog antara pekerja dan penerima.

5. Kursus
-Lazimnya dijalankan dalambentuk formal tetapi pengendalian semasa menjalankan kursus biasanya kombinasi antara teknik formal dan tidak formal (semi-formal).


6. Kaedah-kaedah lain
- Antara kaedah lain yang berkesan tetapi kurang dipraktikkan termasuklah kaedah telefon; majlis dialog dan mesyuarat dengan penerima. Satu lagi kaedah yang tidak kurang pentingnya adalah lawatan oleh penerima ke tempat-tempat tertentu di mana penerima berpeluang mempelajari sesuatu yang baru mengenai bidang pekerjaan atau biasanya disebut lawatan sambil belajar.

No comments:

Post a Comment