Saturday, November 26, 2011

Bab 6 : Komunikasi & Kaedah Pengembangan

Pengembangan pada asasnya ialah perkhidmatan untuk membantu penerima. Maka ini membawa ,pekerja pengembangan juga perlu berhubung secara berkesan dengan penerima; dan begitu juga sebaliknya.

Proses pengembangan menggunakan banyak kaedah untuk mendekati penerima kerana mereka mempunyai ciri dan masalah yang berbagai-bagai.

Secara dasarnya, kaedah-kaedah pengembangan akan berpandukan prinsip-prinsip dan teknik komunikasi yang berkesan. Pemilihan terhadap faktor-faktor komunikasi ini banyak dipengaruhi beberapa buah kriteria seperti (i) jenis penerima (ii) jenis maklumat/pengetahuan yang hendak disampaikan (iii) tingkahlaku penerima (iv) tahap perubahan tingkah laku yang dikehendaki (kesedaran,minat,peningkatan kemahiran) (v)kewujudan sumber yang dapat digunakan secara berkesan.

Pembolehubah dalam proses komunikasi
a) Punca : proses komunikasi bermula daripada satu punca, sama ada seseorang, sebuah kumpulan, sebuah persatuan, sebuah agensi dll.
b) Mesej : merupakan pembolehubah yang menghubungkan antara punca dan penerima. Mesej sering disampaikan menggunakan bahasa, simbol atau gerak-geri punca.
c) Saluran : pada asasnya saluran merupakan bahan perantara yang membolehkan pancaindera manusia berfungsi seperti melihat, mendengar, merasa, menyentuh atau menghidu.
d) Penerima : seperti juga punca, penerima mungkin seseorang, sebuah kumpulan, sebuah persatuan, sebuah agensi dll.

No comments:

Post a Comment