Pengenalan
Istilah 'program' dari segi ilmiah mempunyai pengertian yang luuas dan kompleks. Secara ringkas sesuatu program dapat menggambarkan jawapan kepada persoalan seperti APA,SIAPA, DI MANA, BILA, BAGAIMANA dan MENGAPA sesuatu perkara itu hendak dilakukan.
Maka, apabila sesuatu program pembangunan hendak dilakukan, ia bakal melibat pelbagai proses termasuk 'analisis keperluan masyarakat, perancangan, pelaksanaan, penilaian dan usaha-usaha melakukan dokumentasi' dan 'asil integrasi semua komponen yang melibatkan para profesional sama ada pihak yang merancang, melaksana atau kelompok sasaran' (ms.87). Kebiasaan sesuatu program bakal memakan masa yang panjang.
'Pembentukan program' yang dirujuk dalam topik pengembangan ini adalah merujuk kepada satu siri aktiviti yangt dirancang dalam jangkamasa tertentu dan dilakukan untuk mencapai matlamat perubahan di kalangan masyarakat. Ia melibatkan strategi perancangan, pelaksanaan usaha yang telah dirancang dan penilaian ke atas hasil pelaksanaan.
Proses Pembentukan Program
Proses pembentukan program berlaku secara berterusan. Ia boleh digambarkan sebagai;
- Perancangan : Proses memilih dan menyusun aktiviti yang disesuaikan mengikut jadual.
- Pelaksanaan : proses mengerjakan aktiviti yang telah dijadualkan bagi mencapai sesuatu objektif yang telah dikenalpasti.
- Penilaian : peringkat menganalisis hasil dan keberkesanan program serta bagaimana menentukan program terlaksana seperti dirancang.
Proses Perubahan Dan Pembentukan Program
Proses perubahan sosial boleh dilihat daripada pelbagai pandang sisi. Boyle (1981) mengelaskan bahawa perubahan boleh berlaku di peringkat individu dan kelompok dan daripada aspek politik, kebudayaan, teknologi dan ekonomi.
Satu konsep penting yang perlu difahami tentang perubahan sosial ialah punca sesuatu perubahan sosial. Rogers(1971) mempopularkan teori tentang punca sesuatu perubahan sosial yakni berasal dari dalam dan luar sistem sosial.
Fenomena perubahan tersebut dapat disifatkan iaitu (i) perubahan secara evolusi dan (ii) perubahan kontak.
Perubahan secara evolusi di mana penyebab perubahan tersebut datang daripada faktor-faktor dalaman seperti hasil interaksi diri dengan anggota masyarakat atau cetusan daya kreatif sendiri. Perubahan secara evolusi ini selalunya perlahan dan sangat bergantung kepada daya inisiatif, kreativiti dan kebijaksanaan unsur-unsur dalam sistem sosial tersebut.
Perubahan kontak pula apabila faktor-faktor luaran daripada satu sistem sosial memainkan peranan penting berlakunya perubahan. Walaupun faktor-faktor luaran itu memperkenalkan perubahan yang disengaja dan dirancang, tetapi banyak juga faktor yang meresapi sistem sosial tanpa disedari atau dirancang.
Jika dibuat perbandingan antara perubahan evolusi dengan perubahan kontak, ternyata kedua-duanya jauh berbeza. Perubahan secara evolusi berlaku dalam sistem masyarakat yang tradisional, tertutup dan ikatan sosial di kalangan ahli masyarakat yang erat dan kurang memberi perhatian terhadap faktor-faktor luar.
Perubahan secara kontak pada dasarnya lebih cepat dab dilaksanakan mengikut tahap-tahap yang dijadualkan. Matlamat perubahan juga sejak awal telah dikenalpasti, begitu juga dengan sumber manusia dan material yang hendak diguna/digembleng.

No comments:
Post a Comment