Thursday, November 17, 2011

Buku : Perancangan Kemudahan Awam dan Infrastruktur Sosial - Sulong Mohamad

Sepanjang cuti pertengahan semester lalu, saya berkesempatan untuk meneliti beberapa buah buku yang berkaitan globalisasi.

Antara yang sempat saya teliti (fast reading) ialah Globalisasi Dan Peradaban Di Malaysia, Pembangunan Ekonomi Malaysia Era Globalisasi, Globalization And Its Discontents, Globalisasi, Media Dan Budaya. 

 

Kesemuanya menarik untuk diulas, tetapi yang saya rasa ringkas untuk difahami adalah buku Perancangan Kemudahan Awam dan Infrastruktur Sosial : Konsep, Prinsip dan Amalan.

Buku ini dikarang oleh Sulong Mohamad yang juga merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Walaupun ia kelihatan ringkas, sekitar 44 muka surat tetapi agak padat menghuraikan ciri umum berkaitan globalisasi dan pengembangan iaitu aspek perancangan. Di dalam buku ini, ia membahagikan perancangan kepada topik kecil iaitu konsep, prinsip dan amalan yang berhubungan dengan perancangan kemudahan awam dan infrastruktur sosial, yang merupakan sebahagian daripada latihan di dalam bidang perancangan bandar dan desa.

Perbincangan mengenai konsep perancangan menumpu kepada pengertian istilah perancangan, proses perancangan dan pengertian istilah-istilah kemudahan awam dan infrastruktur sosial.

Fokus perbincangan adalah kepada cara-cara dan kaedah di dalam merancang kemudahan awam dan infrastruktur sosial dan perlaksanaan kepada prinsip perancangan tersebut.

Di bahagian akhir perbincangan buku ini pula membincangkan tentang bagaimana perancangan kemudahan awam dan infrastruktur sosial dilakukan khususnya di perkampungan-perkampungan Felda sebagai kajian kes.


Keseluruhan buku ini yang sebenarnya berasal daripada kertas kerja perbincangan yang dibentangkan oleh penulis banyak menghuraikan perkara-perkara asas yang perlu difahami sebelum kita ingin membicarakan soal globalisasi dan pembangunan/pengembangan sesuatu kawasan.

1 comment: