Konsep perubahan dibawa melalui program. Medium bagi perubahan dikenalpasti daripada program dan projek yang dilaksanakan.
Terdapat program bagi jangka masa panjang, jangka pendek dan 'ad hoc'. Terdapat juga program yang khusus sasaran penerimanya, ada pula program berbentuk umum untuk semua orang.
Keperluan memahami konsep program secara mendalam kerana setiap jenis program adalah berlainan dan memberi implikasi terhadap (i) cara mana program dibentuk, (ii) jenis aktiviti yang dilaksana, (iii) sumber-sumber diperlukan dan (iv) peranan ejen perubahan yang terlibat.
Boyle(1981) mengelaskan tiga jenis program terlibat (i) Program pembangunan, (ii) Program pendidikan dan (iii) Program penerangan. Realiti masa kini program-program lain yang terlibat termasuk program pengawalan, penguatkuasaan, penyelenggaraan dan penyelarasan.
i. Program Pembangunan (ms.93)
Merupakan program bercorak pembangunan yang menjadi asas dan objektif fungsi perkhidmatan sesebuah organisasi. Ia dibentuk berasaskan masalah dan keperluan masyarakat.
Ciri-ciri Program Pembangunan
- memenuhi kehendak keperluan asas sesuatu kawasan
- dibentuk berdasarkan penganalisaan situasi secara menyeluruh.
- berkaitan dengan usaha untuk meningkatkan pekerjaan utama dan bidang yang berpotensi.
- kejayaan program ini bergantung kepada penglibatan beberapa pihak yang dikenalpasti.
- penggunaan pengetahuan dan kemahiran diperlukan untuk sesuatu program pembangunan.
ii. Program Pendidikan (ms.94)
Secara dasarnya ia mengadakan aktiviti untuk membawa perubahan dan kemajuan daripada aspek pemikiran dan komunikasi di antara manusia. Program ini diasaskan dengan cara mendidik dan menyampaikan pengetahuan kepada penerima untuk mencapai satu objektif perubahan. Proses penyampaian program pendidikan ini dijalankan oleh ejen-ejen sebagai contoh 'guru' di 'sekolah.' Aktiviti-aktiviti pendidikan biasanya dirancang dan disusun terlebih dahulu.
Ciri-Ciri Program Pendidikan
- kandungan program ialah ke arah pertumbuhan dan kemajuan asas idividu
- kandungan program adalah ke arah meningkatkan kemampuan penerima menyelesaikan masalah hidup atau kerjaya.
- sering dibentuk berdasarkan falsafah dan pengetahuan di sebalik sesuatu kemahiran yang diajar.
iii. Program Penerangan (ms.95)
Dasarnya program ini bertujuan memberi dan menyalurkan maklumat seberapa mungkin daripada sumber maklumat kepada penerima. Objektif program lebih kepada sekadar memberi pengetahuan, kesedaran dan minat kepada penerima. Kejayaan sesuatu program penerangan dapat dinilai melalui jumlah maklumat yang disampaikan untuk sebilangan penerima dalam jangkamasa tertentu.
iv. Program-program lain
Program-program lain yang dijalankan oleh agensi pembangunan termasuklah program pengawalan , penguatkuasaan, penyelenggaraan dan penyelarasan. Aktiviti-aktiviti ini merupakan aktiviti sokongan yang dijalankan secara tetap dan berterusan. Ia juga merupakan sebahagian aktiviti pentadbiran yang menyokong program-program yang telah disebut.
No comments:
Post a Comment